Saturday, October 3, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...akhirnya ade juga kesempatan untuk update blog ini dalam keadaan yang agak sibuk sekarang ini.

Alhamdulillah...hari ini cukup sebulan saya bekerja di SHIMANO COMPONENTS (MALAYSIA) SDN BHD. Setelah bertarung bertahun2 untuk menimba ilmu dan mendapatkan sekeping ijazah akhirnya dapat juga mencapai cita2. Merantau dari Kota Tinggi ke Muar ke Tangkak dan akhirnya ke Shah Alam semata2 untuk mencari ilmu. Dan kini berkhidmat di Pontian juga dgn niat untuk menimba ilmu dan mungkin hingga ke Jepun, sape tau?? Hehe..

Alhamdulillah...Setelah menjalani beberapa interview di Selangor, akhirnya kembali juga bercari rezeki di negeri sendiri. Hujan batu di negeri orang, hujan emas dinegeri sendiri..Sape xnak duduk negeri sendiri kan?hehe.. Semuanya ade hikmah tersendiri. Banyak benda yang saya dapat dan belajar di Selangor. Mungkin saya akan merantau juga kesana 1 hari nanti..

Alhamdulillah...pengalaman yg diperoleh semasa belajar, semasa proses mencari kerja, semasa menjual diri meyakinkan majikan semasa interview akan terus menjadi pengalaman manis yang tidak akan dilupakan..

Alhamdulillah...next week akan berlaku proses pengambilan jubah. Akan kembali ke bilik lepak selama menjadi SKP70 dulu. SKPians, I miss u all..But, maybe xde sorang pun yang akan menjadi SKP71 sebab busy study for final and ramai graduate skali..huhu

Alhamdulillah...next two week akan berlaku hari convocation. Bersama family ke Shah Alam untuk menerima sekeping ijazah. Berjumpa rakan2 yang bersama2 menimba ilmu di FKM. Mungkin itulah masa bersama beramai2 untuk kali terakhir dan semua akan membawa haluan sendiri dalam mencorak hidup masing2. Kepada yang tidak dapat bersama semasa convocation nanti, teruskan perjuangan hingga berjaya..I miss u all and gud luck for the future..UiTM Di Hatiku..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..